KUALA LUMPUR: Selepas mencipta kejutan menumbangkan pilihan keempat, perjalanan beregu wanita utama negara Pearly Tan-M. Thinaah pada Kejohanan Dunia 2023 di Copenhagen, Denmark berakhir selepas tersingkir di pusingan suku akhir, malam ini.
Pada aksi di Royal Arena, gandingan negara di ranking dunia ke-11 itu ditunjukkan jalan keluar oleh pasangan China Zhang Shu Xian-Zheng Yu, yang bangkit daripada kekalahan set pertama untuk mencatatkan kemenangan 17-21, 21-17, 21-19 dalam tempoh 76 minit.
Pasangan China itu, akan membuat perhitungan berdepan rakan senegara yang juga pilihan pertama Chen Qingchen-Jia Yi Fan, di pentas separuh akhir.
Semalam, Pearly-Thinaah mempamerkan aksi mengagumkan ketika mengejutkan Mayu Matsumoto-Wakana Nagahara dari Jepun, 21-14, 22-20 pada pusingan ketiga untuk mara ke suku akhir.
Pada masa sama, beregu campuran negara Chen Tang Jie-Toh Ee Wei turut terkandas di suku akhir, apabila gagal menyaingi kehebatan pilihan kedua yang juga pemenang pingat perak edisi lalu Yuta Watanabe-Arisa Higashino dari Jepun, selepas tewas 11-21, 11-21.
Tang Jie-Ee Wei dan Pearly-Thinaah bersama beregu lelaki utama negara yang juga juara bertahan Aaron Chia-Soh Wooi Yik, merupakan wakil negara yang berjaya mengharungi cabaran layak ke suku akhir.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Aug 25 2023
Semalam, Pearly-Thinaah mempamerkan aksi mengagumkan ketika mengejutkan Mayu Matsumoto-Wakana Nagahara dari Jepun, 21-14, 22-20 pada pusingan ketiga untuk mara ke suku akhir. - Gambar fail/FB BAM
AWANI Ringkas: Tiada kaitan dengan Hannah Yeoh - SPRM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pemilik kenderaan diesel golongan B40, M40 di Semenanjung layak mohon BUDI MADANI
Mereka layak memohon bagi sumbangan tunai kerajaan melalui Program Bantuan Subsidi MADANI atau BUDI MADANI, mulai esok (28 Mei).
Kastam rampas kokain bernilai RM10.3 juta disorok dalam penyaman udara kontena
JKDM Johor percaya berjaya menumpaskan sindiket pengedaran dadah selepas merampas 51 kilogram kokain bernilai RM10.3 juta yang disembunyikan dalam penyaman udara sebuah kontena.
12 daripada 14 klien AADK lulus SPM
Seramai 12 klien Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) daripada 14 klien lulus dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diumumkan pada Isnin.
SPR adakan mesyuarat khas PRK pada 6 Jun
SPR sudah menerima pemakluman rasmi daripada Speaker DUN Pulau Pinangberhubung kekosongan luar jangka kerusi DUN Sungai Bakap.
Tujuh kenderaan rosak dihempap pokok tumbang
Tujuh kenderaan dihempap sebatang pokok tumbang berikutan hujan dan angin kuat berhampiran Plaza PK, Taman Kinrara, Puchong.
Dua lagi premis jalankan aktiviti sisa elektronik diserbu - Aminuddin
Dua lagi premis haram menjalankan aktiviti peleraian bahan buangan elektronik di Negeri Sembilan diserbu pihak berkuasa dalam operasi bersepadu di Kampung Ribu, Rantau tengah hari tadi.
Dua beradik jemaah muda, abang syukur cemerlang SPM
Jemaah haji yang juga calon SPM 2023, Muhammad Ammar Che Noor Azam, bersyukur doanya untuk cemerlang sehingga mendapat semua A, dalam peperiksaan dimakbulkan Allah.
Tirai besi tak halang dua banduan dapat keputusan cemerlang
Berada di sebalik tirai besi tidak halang dua banduan untuk memperoleh keputusan cemerlang dalam SPM 2023.
Kerajaan memperkenalkan mekanisma membiayai aktiviti pemuliharaan hutan
Mekanisme bukan berasaskan pasaran, Sijil Pemuliharaan Hutan (FCC), diperkenalkan oleh kerajaan hari ini untuk membiayai aktiviti pemuliharaan hutan dan penjagaan alam sekitar yang lestari.
Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Sekitar Nik Nazmi Nik Ahmad berkata FCC adalah salah satu mekanisme yang dibangunkan oleh Dana Hutan Malaysia (MFF) pada tahun 2022 di bawah Rangka Kerja Kewangan REDD Plus (RFF).
Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Sekitar Nik Nazmi Nik Ahmad berkata FCC adalah salah satu mekanisme yang dibangunkan oleh Dana Hutan Malaysia (MFF) pada tahun 2022 di bawah Rangka Kerja Kewangan REDD Plus (RFF).
Masih banyak sasaran perlu dicapai dua beregu lelaki negara - Jurulatih
Beliau berkata, kedua-dua beregu negara masih belum merangkul gelaran di kejohanan Super 500 dan Super 750 meskipun bergelar atlet senior.
Aaron-Wooi Yik naib juara Seluruh England
IMPIAN Aaron Chia-Soh Wooi Yik untuk menamatkan kemarau 17 tahun Kejuaraan Seluruh England buat beregu lelaki negara tidak kesampaian apabila tewas kepada juara bertahan dari Indonesia.
BATC: Hao Nan-Wei Han sukarkan peluang Malaysia pertahan kejuaraan
Aaron Chia dan Soh Wooi Yik gagal meraih mata pertama Malaysia selepas tewas kepada gandingan China, Xie Hao Nan dan Zeng Wei Han dalam perlawanan kedua.
Skuad boling wanita negara akhiri kejohanan dunia dengan perak
Skuad boling negara mengakhiri kempen mereka di Kejohanan Dunia IBF dengan pingat perak menerusi acara berpasukan wanita di Kuwait Bowling Sporting Club, pada malam Ahad.
Kejohanan Dunia: Gandingan China sekat kemaraan Pearly-Thinaah
Perjalanan beregu wanita utama negara Pearly Tan-M. Thinaah pada Kejohanan Dunia 2023 di Copenhagen, Denmark berakhir selepas tersingkir di pusingan suku akhir, malam ini.
Terbuka Australia: Aaron-Wooi Yik melangkah ke suku akhir
Beregu bekas juara dunia berkenaan mengambil masa 34 minit sahaja untuk menyingkirkan beregu Taiwan
Badminton Terbuka Korea: Sze Fei-Nur Izzuddin terus cemerlang mara ke suku akhir
Beregu lelaki negara Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani meneruskan aksi cemerlang selepas berjaya mara ke pusingan suku akhir Kejohanan Terbuka Korea 2023 hari ini.
Badminton: Roy King 'sapu' gelaran berganda
Yap Roy King membuktikan keunggulannya apabila muncul satu-satunya individu meraih gelaran berganda menerusi acara beregu campuran dan beregu lelaki.
Wujud tekanan pertahan gelaran juara dunia - Aaron
Pemain beregu lelaki utama negara Aaron Chia, mengakui wujud tekanan untuk mengulangi pencapaian bagi mempertahankan gelaran juara dunia di Copenhagen, Denmark, dari 21 hingga 27 Ogos ini.
Prestasi gandingan Wei Chong-Kai Wun belum 'stabil' - Rexy
Peminat meletakkan harapan tinggi kepada pasangan itu selepas bergelar naib juara Masters Malaysia bulan lepas.